salam...ak cma nk kongsikn gmbr ni kt korang...sbnarnye gmbr ni bkan la seperti ini asalnye..ni adlah hasil yg telah aku edit..cmne smart tak..hahaha....ni hasil gabungan 2 gmbr tau.pemandangan dan subjek mnusia tu adlah drpd gmbr yg berbza,,,.ble slesai jer ak edit gmbr ni ak tse sngt puas hati..xmcm gmbr2 yg ak wat sblum nie...huhuhu...sdangkn ak dh bnyk edit gmbr dan smuanye ak simpan untuk tatapan sndri..bkn sbb pe ak sgn la nk upload sbb ak nie bkn la pndi sngt mengedit...kecuali gmbr ni ak tergerak nk sharing kt blog ni.....,huhuuhu...mgkin korang tertnya2 kn spe wanita sblah tu..haaaaaa..tu rahsie xle tau maa....tapi yg pntg die kwn ak...
Friday, 18 March 2011
Wednesday, 16 March 2011
Kenangan Indah Alam Persekolahan...
Assalamualaikum ......"Hanya zaman persekolahan shja yng mengajar kita erti pershabatan dan remaja.dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lg.masa ini jua kita membawa haluan masing2 mengejar cita-cita yang diimpikan.mungkin kita tidak akan dapat bersatu kembali dlm satu tempat sekecil bilik darjah bljr bergurau dan belajar erti kehidupan..terbukti zaman menjadi pelajar adalah zaman remaja yg paling sukar dilupakn.mungkin satu hari nnt kita akn menagis kerna rindukan zaman mnjd pljr yang sangat indah"
Kata kata ini mmg ckup mengambrkan betapa indahnya zaman persekolahan itu..pelbagai yang kita pelajari semasa alam persekolahan..bagi ku yang kini telah menamatkan alam persekolahan telah terasa betapa indahnya alam persekolahan itu...
Setinggi tinggi penghargaan buat skola tersebut yang tlah mencurahkn baktinya mendidik ak:
TADIKA PT JAWA
SEK KEB SERI ANOM
SMK AYER BALOI
SMK SERI PERHENTIAN...
Thank a lot to all cikgu2 yang telah mendidik ak ye....jasamu akn tetap ku sanjung sehingga akhir nyawaku....cewahh..hehe.
Kenangan Mse Form5

seminggu sblum SPM (Sijil Paling Mudah)
Kenangan Paling Indah D'form6
tekanan before stpm...hee..
ni la skit2 sweet moment semasa alam persekolahan ak....pic mse tadika n skola rndah xde coz mse dlu zman candid2 nie lom femous ag..hehee...at last ku rindukan zaman persekolahan..SALAM...
Sunday, 13 March 2011
Buat Teman....
aku ingin menjadi yg terbaik buatmu...aku ingin menjadi penasihat agungmu..aku ingin berada disisimu tika dan saat ini...namun aku tidak punya apa2 utk memenangi hatimu...
tapi teman, aku tidak suka kalau ada insan lain yg menganggapmu yg bukan2 dan sering melukai hatimu...aku ingin kau terus gembira kerana aku tahu siapa engkau dan bagaimana keadaan kau ...
sekarang...aku ingin membelamu namun aku tidak kuat utk melakukannya...sebaliknya kau pula memberiku kekuatan..sedangkan yg harus menerimanya adalah engkau...aku sering memberikan kau kesedihan...kenapa..sukar utk kuluahkannya disini..tapi hanya kau yang mengerti..
Teman....
sekali lagi aku ingin meluahkannya disini bahawa aku benar2 menyayangimu,
itu bukanlah satu kepura-puraan..
teman....
aku ingin terus berada disisimu biarpun jarak memisahkan kita....
walaupun kau berada jauh namun kau sentiasa dihatiku..
teman...
aku mohon padamu..
jangan kau ulangi kata2 itu...
kerana selagi hayat dikandung badan
aku tetap ingin menjadi sebahagian dari hidupmu...
dan teman,
terima kasih kerana memilih aku menjadi sesiapa saja dihatimu..
aku sangat menghargainya.....
teman...
aku harap kau tabah menghadapi hari2 yg berlalu...
aku sentiasa mendoakan agar kau sentiasa mendapat tempat disisiNya...
dan ingatlah bahawa aku benar2 gembira diketemukan dgnmu..
dan rinduku bukannya palsu...
> copy paste ! :pp < (^_~)

Tuesday, 8 March 2011
Syaitan Itu Kreatif
Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?
“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.
Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.
Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!
KISAH TIDAK LAMA DULU
Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.
“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.
“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.
“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.
“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”
“Syukur,” kata saya perlahan.
Setahun kemudian.
“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.
“Betul ke ni?”
“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”
Saya terdiam. Kaku.
“Mana pergi tudungnya?”
“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.
“Itu tudung?”
“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”
“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.
Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.
“Bang saya insaf bang…“
Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?
Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!
Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:
“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.
“Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.
Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.
Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:
“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”
“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.
“Aku tak faham. Maksud kau?”
“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”
“Lantas?”
“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”
“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”
“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”
“Jadi kebenaran menolak keindahan?”
“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!
“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.
“Transisi? Apa maksud mu?”
“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”
“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”
Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.
“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”
“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”
“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.
“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”
“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”
“Maksud kau?”
“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”
Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!
Sumber: (ILUVISLAM)

Subscribe to:
Posts (Atom)